♥ Hari Belia Negara 2011


Pada bulan Mei 2011 nanti akan diadakan satu program mengumpulkan belia-belia di seluruh negara anjuran Kementerian Belia Dan Sukan. Sebagai kelab kereta yang mempunya hubungan baik ngan KBS, kelab keta saya, Prosboc telah diminta untuk menjoinkan diri dalam acara Pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya pada 11 Februari 2011 lalu. 

Sebanyak 20 biji kereta kelab telah mengambil bahagian. Sehari sebelum pelancaran, keta-keta yang terlibat telah mengadakan sesi tampal stiker iklan di body keta memasing. Walaupun keta saya dah ada body stiker.. tapi hubby masih lagi nak amik risiko untuk tampal stiker iklan tuh huhuhuhu~ Bio kan dia.. Tercabut bodi stiker lama tuh jangan harap la saya luluskan peruntukan tambahan untuk wat baru. Kalo nak.. tuka kaler terus warna pink florescent kekeke [warna yang simpang malaikat 44 hubby saya nak cat kat keta tuh]


 Nih gambar semasa sesi tampal menampal stiker tersebut


Nih lak my Baby Black bila bertukar jadi papan iklan..


Huhuhu~ bukan tampal sesaja je tau. Ada la dapat peruntukan skit tapi kena tampal sampai hari kejadian la bulan 5 kang. Ada lagi 3 bulan huhuhu~ kesian my Baby Black. 

Berbalik pada acara Hari Belia Negara 2011 tadi, macam-macam acara akan diadakan pada hari tersebut. Nak tak nak ngan larat tak larat je nak g. Kalo nak tau lebih lanjut aktiviti-aktiviti nyer leh klik kat laman web dia Hari Belia Negara 2011. Nih lak promo karnival tersebut.


Pada hari pelancaran tuh kami terlibat dalam gimik pelancaran jek. Bila Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek kibar je jalur gemilang  cam bila nak start race tuh.. kami pon gerak la sambil melambai-lambai orang di kiri kanan. Tuh je hahaha~ Nih vt dari KBS


Gambar time ngah jenjalan kat ruang legar KBS



Pas konvoi dilancarkan.. kami pon pusing-pusing la jap jalan kat Putrajaya tuh. Bagi promot skit keta masing-masing yang dah jadi papan iklan tuh kan. Kendian mesti la part yang wajib ada lam setiap acara iaitu sesi bergambo beramai-ramai. Mak buyung jadi kameraman je la ek huhuhu~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Gong Xi Fa Cai


Alhamdulillah.. mggu 'bz'est ngan segala macam assignment dah abih. Sempat la nak jengok-jengok balik blog nih. Huhuhu~ cian blog saya kesepian. Diam tak diam dah penghujung Februari dah kan? cepat tul masa berlalu.

Pejam celik pejam celik kandungan saya pon dah melepasi trimester pertama. Alhamdulillah kali nih saya langsung tak muntah. Cuma rasa ngantuk yang amat sangat jek. Tapi kesian kat hubby sebab kali nih dia yg monink sickness huhu~ leh lak berjangkit kat dia. Maybe sebab perut kami sama beso kot hahaha~ so konpius sapa yg ngandung hehehe~ Tapi skang dia dah ok. Dah kembali kepada tahap kesihatan asal.

Okeh cukup setakat tuh update terkini berkenaan status pregnancy saya hehe~ Sebenarnya nak citer pasal cuti panjang raya cina arituh. Biasalah kalo dah cuti panjang nih harus lah balik Melaka ke kampung halaman. Sebelum bersalin nih balik la bebanyak kali sebab time raya nanti may be tak balik kot sebab due date saya 5 hari sebelum raya.. waaaaa!!!!
Suka sangat wat mata cenggitu




K kembali pada jalan citer sebenar. Kalo kengkawan nak tau my pakcik yg dok kat melaka nih berbangsa cina. Tapi dah masuk islam la kan then kawin ngan my makcik aka my mother lil sis. So memang best la sebab takde pon dalam kamus hidup dorang gaduh nak balik kampung time raya huhuhu~ So bila balik raya cina nih takde la balik sesaja. Kami pon folo makcik g berjalan raya. G umah adik-beradik pakcik saya tadi. Best sebab raya cina kita dapat angpow [walaupon saya tak dapat sebab dah kawin huhu~] but my baby mesti la dapat kan. Saya siap belikan congsam untuk my baby hehe~ semangat tul ibunyer ^_^

Nih la cenonit saya yang dah bertukar menjadi anak cina mana ntah~


Nih lak hasil usaha my baby arituh hehehe~ rezeki.. rezeki..


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Singgah Blog Jap Sapu Sawang

Salam.. [sambil tangan pegang bulu ayam utk sapu sawang2 kat blog nih huhuhu~]. Lama sungguh x hapdet. Apakan daya diri ini bizi sungguh. Sebenarnya banyak citer nak kongsi. Pasal sambut raya cina kat melaka.. pasal g mandi kat Warisan Rimba [disebabkan teruja ngan citer Farah] dan memacam lagi. Nanti la ek.. tunggu ujong minggu nih ker or bila ada waktu senggang skit huhuhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

Followers


up