♥ Happy Birthday dan Selamat Bersara Ayahku

Pejam celik pejam celik tak terasa masa berlalu begitu cepat. Rasanya baru semalam ayah hantar saya ke sekolah. Tunggu di kantin pada hari pertama persekolahan. Naik motor sambil ayah garu2 kepala saya dengan dagunya. kalo hari cuti, ayah akan bawa saya ke pejabatnya kalo dia kena OT. Sambil dia wat keje.. sambil saya duduk di mejanya conteng2 dan lukis2 kertas yg dibawa. Hmmm~ seronoknya kalo boleh berputar ke masa kecil dahulu.

Apa jua permintaan ayah akan cuba sedaya upaya tunaikan. Walaupun ketika itu ayah hanya kerani biasa. Sekarang ayah sudah bersara selepas lebih 20 tahun berkhidmat di Pelabuhan Klang. Dari kerani sehingga bersara sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan.

Pada 14 Mac harituh kami bersama2 meraikan besday ayah di Muara Ikan Bakar, Pelabuhan Klang. Walaupun besday ayah pada 15hb Mac kami sambut lebih awal sbb besday ayah jatuh hari Isnin.

Inilah momen2 yg sempat kami abadikan pada malam itu..



Happy Besday ayah.. semoga ayah sentiasa sihat.. dirahmati Allah dan menjadi the best AYAHWE pada Dellisya hihihi... WE LOVE YOU AYAH..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Korea Wall Sticker

Gara-gara terpesona dengan keindahan rumah Cat Farish yang disiarkan di Majalah Media yang lepas, saya dengan segera telah mendapatkan wall sticker yg skang tgh HOT di pasaran. Ala sticker yg tampal kat dinding dr Korea tuh. Bila dh siap x nampak cam sticker tapi dh macam cat. Ala2 mural kat sekolah2 tuh.

Sebagai permulaan.. bilik yang menjadi tempat utk latihan tampal menampal ialah......... bilik Dellisya hihihihi~

   

Dan hasilnya mmg wanderful.. kalerful.. dan macam2 ful2 lagi la.. Tak sabar nak g beli kat pasar tani setiawangsa lagi hihihihi~ Next project is dapo lak..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



Followers