♥ WSL 4138 = || Fasa 2 || =

Fasa 2 acara mekap kereta telah selesai.
[Kena tggu gaji gak kn? hehe~]

Pas tuka sport rim arituh kami tambah2 la skit brg2 stendet yg biasanyer ada kat kereta seperti :
1) Skirting + spoiler
* spoiler sempoi jek.. keta baru sayang nk tebuk2. Skirting pon yg biasa jek biasa la kengkangan budget huhu~

  2) Eyelid
 
* Yang nih xde dlm plan sebenarnyer.. tp time kat kedai tuh ada lak member2 prosboc yg racun2 hubby aku soh pasang. lawa la.. smart la.. murah la.. alih2 hubby aku pasang la gak..
 
3) Cermin sisi yang ada signal
  
4) Bulu-bulu hehe~
 
 * bulu2 nih takat 2 3 taun leh tahan lagik.. klo bb dh beso x tau la camner jadinyer nnt
 
Tu je lah yg mampu wat. Kalo bujang lu ada lah gak rasa nk tambah audio.. tuka seat.. psg meter pelbagai.. tp bila dh ada family nih kitorg insaf skit la.. ada duit baru wat.. hehe~ bukan x nk wat lgsg tp tggu budget ada lebih.. K guyz klo ada rezki kita jumpa lak kat Fasa 3 [klo ada la ek..]

♥ Cara Tambat Hati Suami

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Di bawah ada 17 cara yang boleh dipratikkan oleh anda dan juga sy sendiri. Check it out =)

♥ Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.

Tunjukkan keprihatinan kita dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun sebelum itu, pastikan suami dalam mood yang baik. Belajar dan berlatihlah untuk menjadi pendengar yang baik.

Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.

♥ Tanya keluarga terutama ibu mentua mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

♥ Sekali sekala cuba hidangkan resepi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

♥ Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

♥ Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.

Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar atau pulang lewat.

♥ Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

Beri perhatian yang sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. 

Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

♥ Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. 

♥ Apabila meminta bantuan suami, jangan memaksa. Sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut. 

♥ Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

♥ Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

Hantar kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.

♥ WSL 4138 = || Fasa 1 || =

Setelah menunggu beberapa lama + berbagai2 masalah yang timbul akhirnya dapat gak sy membeli kete baru. Pada 4 April 2009 sy dan Tisya gerak dr umah menuju ke Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tggu Hubby kat Kesas Highway coz dia ada Seminar di IOI Putraja. Nak harap sy g amik sorg2.. xde la nampaknyerrr...

Bila dh dapat keta apalagi.. masa utk koyak plastikkkk!!! hehe~ yang paling sonok si Tisya la. Pas acara koyak2 plastik + tgk2 + check2 apa yg patut sy pon drive la keta balik. Coz Hubby dh nk kena blk Putrajaya.

Minyak pon leh tahan la isi penuh RM 60.. smpai umah x luak pon. Kalo keta lama mesti dah tinggal separuh. Bila dh dapat keta mesti la x sabar nk mekap pulak. Duit! Duit!

Hari Isnin pas balik keje dok la me'round' ngan hubby cari spot-rim. Dari Klang ke Shah Alam.. patah balik Klang.. baru jumpa yang berkenan di hati
[kena tgk budget gak kn huhu~]

kete dlm proses cabut tayar
[harap maaf.. paparan gambo tdk jelas.. amik guna camera HP waktu malam]

 selepas dipasang tayar balik

Yang tuh baru Fasa I. Fasa II akan menyusul Sabtu nih. Tungguuuuuuuuuuu...

Followers


up